Pages

Monday, March 29, 2010

susu ibu baik untuk anak dan ibu

susu ibu memang banyak khasiat...bangga rasanya jika dapat menyusukan anak sehingga umur mencecah usia dua tahun. so, fikir2 dan renung2 kan kebaikan kepada baby  dan kepada diri anda sendiri...cuba sedaya upaya menyusukan si dia...walau penat macammanapun...demi anak yang tersayang....ibu sanggup menanggung penat lelah dan macam2 ragam mu asalkan kau membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi insan yang berguna..... sumber dari  susuanibu-pk.gov.my.

Faedah untuk anak
  • Penyusuan susu ibu adalah makanan berkhasiat yang lengkap untuk memenuhi keperluan zat dan emosi bayi bagi empat hingga enam bulan pertama. Ia juga terus menyumbang kepada pertumbuhan kesihatan dan emosi bayi selepas dua tahun dan seterusnya.
  • Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai imunisasi sistem yang lebih kuat dan lebih sihat daripada bayi yang diberi minum susu formula.
  • Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu boleh menyelamatkan lebih 1 juta bayi yang meninggal dunia setiap tahun kerana penyakit diarea dan jangkitan pernafasan. 
    Faedah untuk ibu
    • Penyusuan susu ibu meningkatkan keyakinan dan ketahanan diri ibu kerana mereka mampu menyediakan penjagaan anak yang berkualiti.
    • Penyusuan susu ibu juga merapatkan lagi hubungan kemesraan di antara ibu dan anak. Ini penting untuk wanita yang bekerja dan perlu berjauhan dengan bayi.
    • Risiko untuk mendapat kanser ovari dan payu dara adalah rendah daripada kalangan wanita yang menyusukan anak. Mereka juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis.
    • Penyusuan susu ibu membantu ibu lebih cepat mendapat bentuk badan yang asal

No comments: