Pages

Wednesday, May 12, 2010

Tips hilangkan parut hitam di perut selepas bersalin

Selepas bersalin, kulit perut akan menjadi hitam akibat dari regangan kulit yang dialami sewaktu tempoh hamil dan apabila anda bersalin, kulit perut menjadi kendur dan menggelebeh.
Cara untuk menghilangkannya ialah dengan menyapu baby losyen diperut dan di sekeliling pinggang setiap kali selepas mandi dan sebelum menyapu pengempis perut / campuran kapur & air limau nipis. Mudah bukan..? Pasti perut anda kembali ke warna asal seperti sebelum mengandung selepas habis 44 hari berpantang.

ok selamat mencuba..

Monday, March 29, 2010

Tips untuk mengimbangi penyusuan susu ibu dan kerjaya (susuanibu-pk.gov.my)
  • Ambil cuti yang lebih panjang selepas bersalin.
  • Lebihkan makanan dan minuman untuk kekal sihat. Pemakanan perlu seimbang dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, kabohidrat dan minum air.
  • Pastikan penyusuan susu ibu benar-benar dapat anda lakukan dengan betul sebelum balik bekerja.
  • Jika berpisah dengan bayi dalam tempoh beberapa jam, perah susu ibu beberapa kali dalam sehari. Minta penjaga memberi susu ibu kepada bayi di dalam cawan. Botol susu hanya boleh mengurangkan minat bayi kepada penyusuan susu ibu.
  • Pastikan penjaga bayi adalah mereka yang benar-benar memahami dan menyokong penyusuan susu ibu.
  • Berlatih memerah susu ibu sebelum kembali bekerja. Memerah susu ibu dengan tangan lebih mudah dan selesa untuk semua wanita. Perahan susu ibu boleh disimpan dalam suhu bilik selama 10 atau lebih walaupun dalam negara tropika. Simpan di tempat sejuk boleh tahan lebih lama.
  • Duduk di atas kerusi yang selesa atau baring semasa menyusui anak, sekaligus anda boleh berehat.
  • Jika anda berpisah dengan bayi pada waktu siang, susui bayi anda lebih kerap pada waktu malam. Lebih mudah jika bayi tidur dengan anda.
  • Tubuh sebuah kumpulan sokongan wanita yang menyusui anak mereka atau mengambil bahagian dalam kumpulan seumpama ini.
  • Jarakkan kehamilan seterusnya sehingga anda bersedia untuk menyusui seorang anak lagi.

susu ibu baik untuk anak dan ibu

susu ibu memang banyak khasiat...bangga rasanya jika dapat menyusukan anak sehingga umur mencecah usia dua tahun. so, fikir2 dan renung2 kan kebaikan kepada baby  dan kepada diri anda sendiri...cuba sedaya upaya menyusukan si dia...walau penat macammanapun...demi anak yang tersayang....ibu sanggup menanggung penat lelah dan macam2 ragam mu asalkan kau membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi insan yang berguna..... sumber dari  susuanibu-pk.gov.my.

Faedah untuk anak
  • Penyusuan susu ibu adalah makanan berkhasiat yang lengkap untuk memenuhi keperluan zat dan emosi bayi bagi empat hingga enam bulan pertama. Ia juga terus menyumbang kepada pertumbuhan kesihatan dan emosi bayi selepas dua tahun dan seterusnya.
  • Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai imunisasi sistem yang lebih kuat dan lebih sihat daripada bayi yang diberi minum susu formula.
  • Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu boleh menyelamatkan lebih 1 juta bayi yang meninggal dunia setiap tahun kerana penyakit diarea dan jangkitan pernafasan. 
    Faedah untuk ibu
    • Penyusuan susu ibu meningkatkan keyakinan dan ketahanan diri ibu kerana mereka mampu menyediakan penjagaan anak yang berkualiti.
    • Penyusuan susu ibu juga merapatkan lagi hubungan kemesraan di antara ibu dan anak. Ini penting untuk wanita yang bekerja dan perlu berjauhan dengan bayi.
    • Risiko untuk mendapat kanser ovari dan payu dara adalah rendah daripada kalangan wanita yang menyusukan anak. Mereka juga lebih lambat mendapat penyakit osteoporosis.
    • Penyusuan susu ibu membantu ibu lebih cepat mendapat bentuk badan yang asal